ZAKAT WANG SIMPANAN

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)

Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

Kalkulator zakat

sila hubungi khg.publicmutual@gmail.com untuk maklumat pembayaran

DALIL WAJIB ZAKAT

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan

  • Simpanan Tetap
    • Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
  • Simpanan Biasa
    • Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
  • Simpanan Dalam Satu Akaun
    • Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
  • Simpanan Dalam Beberapa Akaun
    • Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab