DARIPADA BLOG BRO ISHAM…

Kuala Lumpur hari ini mendung tapi tak hujan
Tuan empunya warong suka hati.

Di Pasar Chow Kit ada bubur lambok percuma
Kelmarin jam 5 saya ke sana
Saya perhatikan bagitu ramai orang beratur
Kalau sedia beratur dapat bubur percuma

Hari Raya lagi 22 hari

Masa berjalan cepat

Pada petang hari raya pastikan semua tv perlu kita rosak dan pecahkan
Ini adalah jalan terbaik jika kita ingin menyambung tali
Persaudaraan dengan kaum keluarga,  adik kakak, ipar mulai, sahabat handai dan jiran tetangga.

Jangan melangok di hadapan tv.

Bersembang, berlabon, berborak dan ketawalah dengan manusia-manusia yang sudah lama tidak kita temui.

Raya dengan tv hanya untuk mereka yang gagal.