Assalamualaikum w.b.t

Mari lah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana diberikan kesihatan, masa, kekuatan untuk kita berada disini dalam salah satu tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja. Marilah kita sama-sama mendengar sedikit tazkirah, peringatan sesungguhnya orang-orang mukmin itu berkehendakkan kepada ingat mengingati antara satu sama lain.

Rahmat kepada majlis
Memberi peringatan, menerima peringatan atau tazkirah sebenarnya memberikan banyak rahmat dan keberkatan. Rahmat kepada majlis yang berlangsung mahupun keberkatan keatas individu-individu yang mendengar.

Memberi tazkirah, mendengar tazkirah sebenarnya dapat membina dan memantapkan ukhwah,hubungan sesama kita kerana konsep ingat mengingati yang kita budayakan ini memberi isyarat bahawa semua antara kita tiada yang sempurna. Semua antara kita secara hakikatnya saling lengkap melengkapi. Semua antara kita mempunyai posisi masing-masing. Mainkan peranan posisi tersebut nescaya masyarakat, organisasi akan saling lengkap melengkapi.

mengukur tahap penerimaan kita terhadap tazkirah
Justeru itu, kita boleh mengukur tahap penerimaan kita terhadap tazkirah. Adakah kita merasa tenang, kita merasa khusyuk, tawaduk apabila mendengar peringatan-peringatan dari Allah dan Rasul Nya. Atau sebaliknya, adakah kita rasa gelisah, resah, rasa tak boleh terima dan rasa-rasa lain yang menolak peringatan-peringatan yang disumbatkan ke telinga kita. Jika ini berlaku, maka tahulah kita dimana ukuran tahap cinta kita kepada Rasul, kerana ini adalah sunnah nya. Jika ini berlaku, maka kita harus lebih berusaha mendidik hati, harus melawan rasa gelisah kerana itu semua adalah bisikan syaitan. Berusaha mendapatkan hidayah Allah dan petunjuk Nya.

Never expect things to happen, struggle and make them happen. Never expect yourself to be given a good value, create a value of your own.

Fungsi tazkirah adalah sesuatu yang bukan kecil fungsinya. Ini adalah sunnah nabi. Ini adalah amalan nabi. Peranan serta fungsi tazkirah tidak boleh dipertikaikan sejak wujudnya Nabi Adam a.s. di dunia ini hinggalah ia diperhebat serta dikemas-kini oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Sirah Nabi Muhammad s.a.w
Berdasarkan Sirah Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang nabi dan rasul dengan menyampaikan mesej daripada Allah iaitu sebagai penguasa (khalifah) dengan memastikan tazkirah sebagai wadah atau pendekatan yang cukup berkesan hingga ramai di kalangan mereka pada waktu itu yang beraliran jahiliyah bertukar kepada Islam. Ini semua hasil penerimaan mereka terhadap tazkirah yang disampaikan oleh baginda.

fungsi tazkirah dalam mendidik hati dan jiwa seharusnya menjadi lebih mudah
Dalam konteks kita sekarang ini, dalam suasana disini, sudah tentu fungsi tazkirah dalam mendidik hati dan jiwa seharusnya menjadi lebih mudah untuk diterima kerana kita semua adalah mukmin, mukminin dan mukminat. Tidak seperti di zaman nabi s.a.w, dakwah nabi adalah kepada golongan jahiliyah. Memberi peringatakan kepada bukan islam untuk menerima islam. Maka sudah tentu kita akan menjangkakan penentangan yang cukup hebat dalam dakwah nabi s.a.w

Tetapi dalam konteks kita disini, sudah tentulah ia sepatutnya menjadi lebih mudah. Kerana kita semua adalah mukminin dan mukminat yang telah ada iman di hati, yang telah lahir dan celik saja sudah berada dalam Islam. Keadaan ini sudah tentu akan membuatkan kita mudah untuk menerima tazkirah. Hati kita terasa manis apabila mendengar ayat-ayat Allah. Hati tenang apabila diingatkan tentang mati. Diri menjadi tawaduk apabila memikirkan akhirat,kiamat. Nafsu tunduk apabila memikirkan azab Allah. Airmata berguguran bila mengenangkan nikmat syurga, adakah kita disana ?

Bagi mereka yang menolak tazkirah seperti Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka menemui kesudahan riwayat hidup mereka dengan mati dalam kesesatan dan dimasukkan dalam api neraka Allah di akhirat.

Sehubungan itu, Allah menjelaskan menerusi ayat 124 hingga 127 surah Taha yang bermaksud: �Sesiapa yang berpaling (menolak) daripada peringatan-Ku (Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam buta, padahal aku dahulu (di dunia) adalah orang celik dapat melihat?

Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat peringatan Kami, tetapi kamu melupakannya (menolak), dan begitu pula pada hari ini (Kiamat) giliran kamu pula dilupakan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih dahsyat dan kekal (tanpa berhenti).