Pengalaman PHD

PHD itu susah!.  Bagi yang belum melaluinya, inilah perkataan yang selalu bermain di fikiran. Bagi yang sedang dan telah melaluinya, PHD itu masih lagi susah, tetapi sudah tentu ada jalan mendapatkannya. No mountain is too high, when there is a will. Saya mungkin boleh berkongsi sedikit pengalaman dengan pembaca bagaimana saya mengharungi perit jerih mendapatkan PHD.

suasana di makmal

  1. Pilih supervisor, pilih bidang dan pilih tajuk. Supervisor adalah faktor pertama dalam penyelidikan kerana dia lah orang yang bersama kita selama 3 tahun. Tajuk dan bidang, sudah tentu hendaklah dalam penguasaan penyelia, jika tidak, kita akan bekerja dua kali ganda berbanding dengan penyelia yang berada dalam bidang yang sama. Saya memilih bidang dan seterusnya mencari penyelia dalam bidang tersebut. Setelah melalui proses berhubungan melalui email, bersemuka dengan penyelia dan hasil dari pertemuan pertama, saya membuat keputusan untuk mendaftar PHD dibawah seliaan beliau.
  2. Letakkan diri kita dalam keadaan pressure. Tetapi uruskan tekanan itu dengan baik. Cipta tekananan untuk diri sendiri, walaupun ianya bukan datang dari supervisor, ini membuatkan kita berusaha untuk mencapai target. Setkan target untuk selesaikan masalah dalam 1 minggu, 2 minggu atau 1 bulan mengikut tahap masalah yang ingin diselesaikan. Hasilnya, kita akan sentiasa menunjukkan progress penyilidikan kepada penyelia pada ketika diminta atau pun tidak diminta. Saya mempunyai penyelia yang sangat minat kerja-kerja penyelidikan. 1 hari 2 kali akan turun ke makmal untuk berbincang dengan pelajar. Masalah yang diberi sebelah pagi, sebelah petang sudah diminta hasilnya. Masalah yang diberi sebelah petang, sebelah pagi esoknya akan diminta hasilnya. Namun ia terpulang kepada pelajar untuk menunjukkan hasilnya seminggu ?, 2 minggu ? terpulang. Tetapi jika kita dapat menunjukkan hasil keputusan seperti diminta, maka bayangkan bagaimana progress penyelidikan yang terhasil.
  3. Work smart and work hard.  Ini dua perkataan yang selalu orang guna. Work smart adalah sangat subjektif untuk dibincangkan. Apa-apa pun, work hard adalah definasi yang mudah untuk diterjemahkan manakala work smart boleh dibicarakan apabila kita telah berjaya nanti. Bagi saya, 3 tahun membuat penyelidikan adalah 3 tahun yang work hard. Sukar untuk memperincikan work smart. Tiada rehat, tiada cuti, tiada percutian hujung tahun. 3 tahun yang solid work hard. Jika ada cuti, tidak lebih seminggu yang harus diganti. Undang-undang ciptaan sendiri. Supervisor tidak pernah menyekat untuk bercuti, malahan ada yang bercuti dua bulan umpamanya kerana balik kampung di Indonesia melihat keluarga. Tetapi saya, terus menerus memberi tekanan kepada diri sendiri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi.
  4. Sebagai seorang HAMBA, kebergantungan kepada ALLAH adalah yang paling utama. Pada setiap detik dan saat, mulut harus lah sentiasa menuturkan DOA kepada yang maha esa dipermudahkan urusan research. Dipermudahkan urusan dengan penyelia. Dipermudahkan urusan dengan keluarga. Dipermudahkan urusan dengan rakan-rakan. Yang membuatkan keputusan bukan penyelia, bukan penyelia bersama, tetapi segala-galanya dari ALLAH. Dia yang menentukan jadi, maka jadi lah ia. Penyebabnya hanyalah penyelia, penyebabnya hanyalah usaha. Maka kita berjaya. Jadilah hamba yang taat, solat menjadi asas mendekatkan diri kepada Allah, tahajjud menjadi amalan ALLAH memakbulkan doa kita. Pertingkatkan amalan, nescaya hati tenang, apabila hati tenang, insyAllah, segala urusan berkaitan penyelidikan PHD, ALLAH akan bantu kita.

Itulah sedikit pengalaman yang boleh dikongsi bersama. Namun perkara pokoknya, kembali kita diri kita sendiri. Lihat keupayaan kita, atur strategi yang baik, berkerja keras dan berdoalah kepada yang maha Esa untuk memperolehi kejayaan. Namun, kegagalan itu bukan bererti penghujung segala jalan, ia mungkin permulaan perjalanan yang lebih gemilang.