Point of view as a lecturer…

Dulu belajar, lecturer ada mcm2 style.. cara mengajar tidak ada standard. Pelajar yang kena berusaha. Apa cara sekali pun, masa belajar dulu.. kena susun strategi nak lulus dan nak dapat grade yang bagus. Komplen, komen terhadap pensyarah letak tepi… survival degree kena jaga..

Sekarang, ada EAC, kena ikut standard washington accord. sebabnya nak quality graduate yang setara dengan negara-negara yang registered under washington accord. Hasilnya, ada standard pengajaran CL, SCL, PL etc…. benefit to students.

Habis, dulu x bagus ke ? ehh. grade molek2 ada aku nehh!!… kawan2 dapat jadi engineer semuanya. ada yang dah jadi manager n director pun..Dulu x de EAC, x de OBE.. Dulu survival kena kuat…. untuk lepas dapat degree.

Sekarang, mungkin sama mcm dulu, tapi dengan ada EAC, lebih tersusun dan teratur.. Semuanya diambil kira, loading pelajar, test, exam, etc..

Dari sudut pengajar, kalau Prof.2 yang lama tu, resistance to change…. nak ikut style EAC… leceh dan merumitkan. Tapi bagi yang +ve, dan dapat menjiwai.. ia banyak membantu… quality terjaga, cara pengajaran yang tersusun. Benefit to student…

Belajar dulu, xde teknologi… kalauĀ  x puas hati pada pensyarah, setakat sembang2 belakang je. Skrg, kalau x puas hati, sekejap je tersebar.. sbb dah ada facebook, blog, email etc…. kalau ada perkara yang pelajar perlu tuntut hak, sebarkan dalam internet, sekejap je akan terbela…

Itulah dulu dan sekarang…. kita semua pernah melalui zaman muda. zaman itu, pemikiran dan tindakan berbeza. Apabila meningkat tua, pemikiran dan tindakan juga berbeza… keduanya merasakan mereka betul, namun jalan tengah harus diambil agar ia tidak menimbulkan konfrontasi….. Akibatnya, sangat tidak elok.