Untuk menjadi luarbiasa, kita perlu lebih dari org normal. Jika orang normal bekerja 8-5, maka kita bekerja 8-6. 1 jam lebih, menjadikan kita lain dari kebiasaan.

Untuk mendapat yang terbaik, kita mesti mencari yang terbaik. bukan menunggu yang terbaik datang bergolek pada kita. Usaha, pro aktif, akan membuah hasilkan yang terbaik bagi kita. Akhirnya kita akan menjadi luar biasa daripada orang lain. Bagi mendapat cemerlang, maka kita perlu menjadi luar biasa. Tidak boleh jadi biasa.. Kalau kerja kerajaan, cemerlang tu diperolehi dengan ‘asas masa’. lambat atau cepat.. anda akan dapat cemerlang. itu lah praktisnya, mentalitinya… Biarkan mentaliti itu, biarkan budaya itu. Kita bekerja bukan mendapat cemerlang. Reward tu, biarkan naturally datang pada kita. Reward itu akan datang jika kita jujur. Dan orang akan menghormati nya.

Esok, ke SKudai, cari yang terbaik untuk jadi staff. Biar kita rendah diri, biar kita ‘down to earth’… tidak perlu tunggu orang memohon utk ke tempat kita. Kita bergerak ke tempat orang mencari kerja. Dan akhirnya, pilihan akan banyak untuk mendapatkan terbaik. Harap2 dapat yang terbaik demi sebuah organisasi.

Penting untuk mendapatkan pekerja yang berdedikasi. Kadang-kadang, kita mengambil pekerja yang memberi masalah kepada organisasi kerana tuntutan kekosongan jawatan. Akhirnya, ia merosakkan organisasi. Buat itu tak nak, suruh buat ini taknak. Kerja kerajaan, sumbangan nya cukup minimum. Tetapi jika kita mendapat pekerja yang jujur, tidak mengharap ganjaran, bekerja kerana Allah… Organisasi akan menjadi sihat, cemerlang.. jika tidak, organisasi lingkup.

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMUDAHAN UNTUK URUSAN ESOK. AMEEN