Panel EAC telah datang untuk menilai program yang dijalankan..

lihat quote ini waktu perbualan di dalam meeting..

“kami kira student to staff ratio = 31, minta kamu buat pengiraan semula”

SAR telah dibuat dan telah dilaporkan didalam report dimana staff to student ratio adalah 17.4. Nilai ini diperolehi dengan menggunakan formula yang telah dipakai ketika panel visit pada tahun-tahun sebelumnya.

JIKA ANDA MEMPUNYAI WATAK DAN SIKAP YANG POSITIF, MEMBINA DAN INGIN MEMBANTU….apakah soklan anda sebagai panel jika anda mendapati pengiraan yang anda sebagai panel lakukan tidak sama dengan pengiraan yang dilaporkan di dalam report ?

Jika saya….. “kami dapati pengiraan dalam laporan yang anda beri 17.4 tidak sama dengan pengiraan yang kami lakukan iaitu 31. Boleh mohon penjelasan bagaimana staff to student ratio 17.4 diperolehi ??”

Ini lah ayat orang2 yang berjiwa besar, menghormati orang lain walaupun orang itu pangkatnya jauuuh lebih rendah daripada kita. Dengar dulu penjelasan, jangan terus terkam.. akhirnya nanti kita malu pada diri sendiri. Orang akan bercakap-cakap pasal kita dibelakang.