Mula amik visa ke US. orang kata susah2x. benda2 yang susah ni, klu kita lalui, ia satu pengalaman yang cukup berharga. a week before fly, dapat interview for visa at US embassy. Dalam syaratnya, you are only allow to que at the gate 10 minutes before your interview time. So, kalau blm 10 minutes, jgn cuba berlegar2 kat depan pintu masuk embassy.. nnti kena halau.

Duduk lah aku jauh2x.. kat taxi stand sebelum menunggu 9.30, 1 jam lagi nak sampai 10 minit before 9.30.. lama tu. Beli surat khabar, lepak, baca paper.. sedang asyik baca tu, tak perasan ada sorang budak duduk kat sebelah. Ni x lain x bukan, nak interview jugak.. betul rupanya.. waktu sama 9.30, budak nih baru habis amik foundation kat MMU nak belajar kat US. ok.. sama waktu interviewnya.

9.30 dah tiba, beratur agak panjang kat luar kedutaan, utk lepas screening check point yg pertama kat guard. Masuk metal detector punya screening, mcm kat airport tu.. lepas semua… x dek masalah. mcm la aku bawak bomb.🙂

Dapat masuk ke rumah embassy.. masuk pintu utama, ada lagi sekali check… proses yang sama. huh!! akhirnya tunggu.. untuk giliran dipanggil untuk masuk bilik interview. Bila nombor panggil, masuk bilik interview.. oppss!!.. interviewnya open mcm tu. ingatkan dlm bilik sorang2x.. maka ramai lah orang dalam bilik yang ada dlm 5-6 kaunter… sedang menunggu untuk dipanggil interview..

Sedang asyik tunggu giliran, ada artis bertudung yg glamour kat M’sia nih.. YUNA.. dengarlah isi perbualannya masa interview. Apply visa sebab ada konsert kat N.York.

Sampai giliran aku.. tak banyak yg ditanya, sbb visa nih ada untuk attend conference  di Minnesota State. Officer tu just tanya, apa research yang dibuat.. untuk apa.. dan yg penting. research ni bukan utk buat bomb!. ahaks!!

Selesai interview, terus tahu result dan we have to wait for 3 working days for them to send the visa to stated address. Akhirnya visa dapat, dan boleh booking ticket utk fly ke USA.

Fly from Kuantan-KLIA-Changi-Narita-Minneapolis.

Wife hantar dlm 7.00, mula journey dari Kuantan. 7.45 flight sampai dlm 8.30 di KLIA. sembahyang jamak siap2 nnti senang, sbb kat changi blm tentu ada tmpt nak semayang. flight ke S’pore 11.45 mlm. byk masa.. berlegar2 di KLIA…. check in kat international departure, amik train ke gate xxx. sampai, kat station train 1 lagi, x jumpa carik gate.. rupa2x nak ke s’pore tak perlu naik train sbb gatenya hanya selepas imigresen sikit je.

1 jam lebih flight ke changi, sampai di Terminal 2 kalau x silap dalm 12.45.. next flight ke narita, 5.45 pagi.. byk masa tu.. nk wat apa kat airport changi. Beg kena amik sbb tukar filght naik Delta dan perlu check in semula. Kena warning by imegresen s’pore do not go out from airport.

Lepak dlm airport dan tido atas kerusi kat airport saja. sementera tunggu 5.45.

Amik air semayang siap2x untuk prepare subuh, subuh kat johor 5.35… surau x de kat terminal 1, mcmana nak semayang. Check in dulu, lepas imgresen dulu, lepas tu pikir mana nak semayang. 5.30 gate dah bukak dan passenger dah boleh boarding to airplane. Subuh tak masuk lagi.. akhirnya, naik flight dululah.. nak selamat.. duduk kat kerusi, masuk subuh, semayang duduk atas kerusi je.. huh!! lega lepas 1 kewajipan.

Flight Delta, Changi ke Nariita dlm 7 jam.. Delta ni flight USA. Beza, sangat beza compare dgn MAS. Kalau MAS, atau di Malaysia, kerjaya pramugari ni, org2 nya dipilih mcm model, muda2x… tapi beza dgn Delta.. Muslim meal. ok lah… rembat je walaupun ntah apa2 makanannya.

Sampai di Narita dlm 3 lebih dan tunggu untuk transfer flight dlm 2 jam. flight ke Minneapolis dlm kol 5. Bermula lagi journey yang panjang 12 jam. Semayang zohor n asar siap2x. bentang sejadah kat kawasan yang agak lengang.. semayang jamak. Org lalu tengok.. lantak!!

Next flight masih Delta. sekarang 747, 2 tingkat.. blh muat dlm 400 lebih. TAPI.. flight lama. takde individual entertainment. huh! 12 jam duduk kat dlm tu, x de in flight entertainment.. pheh!! masak.. yg ada screen kat depan. aduh!! terima je lah. Dah la pramugara layan x layan je. lagi la nightmare… sakit seluruh badan

ALHAMDULILLAH.. sampai di minneapolis, hari yang sama dlm jam 5 lebih.. huh!! mcmana tu? kena semayang sekali lagi ke..🙂

Amik taxi ke Mankato. mat black driver taxi tu confius bila sebut nak ke mankato. agaknya x de org ke mankato naik taxi dari airport…. rupa2nya, jauh…. drive dekat2 2 jam, sampai di mankato, matblack ni dok tanya org hotel fairfield inn.

dan chargenya, 206 USD. guna credit card. masakk!! x3 dapat 618RM.. huh!!

Sampai2 di hotel. depa upgrade ke king room. x de bezanya, duduk sorang… cuma demam dan sakit tekak sikit.. setiap ketilka rasa sejuk. summer tapi temperature rendah, angin nya sejuk.. kita yg biasa panas kat M’sia nih, mmg rasa sejuk…