Setelah masuk 3 bulan, akhirnya motor ini di paparkan. Ramai yg x percaya.. tapi percaya lah. Setiap orang bernafsu untuk memiliki apa yang orang lain tak miliki. Nafsu, jika tak dikawal akan merugikan kita. Tapi jika dikawal dengan baik, ia memberikan kita kelegaan, ketenangan..

Dulu2, masa belajar, tgk orang pakai moto, kita rasa nak… waktu tu, setakat ada moto pun dah ok, dah cukup bangga… lagi lah tgk kawan ada moto yang cc besar. Dulu ada 1 kawan dari KL.. pakai moto besar masa belajar di Johor.

Selepas habis kerja, masa kat Johor jugak, selau main di pasir gudang.. ada ternampak cagiva.. huh! teringin nak naik motor camtu.. tapi apakan daya.. motor 100 sport je mampu.

Masa sambung belajar, moto 1oo sport tu lah, ulang alik dari p.gudang ke skudai. lalu highway p.gudang yg banyak lori itu. agak2 lori nak potong, turun ketepi jalan bagi laluan..Alhamdulillah selamat..

Habis belajar, niat nak pakai moto camgini sentiasa ada.. tapi bak kata kawan2. nafsu jgn di layan. Duit ada, invest, saving, utk masa depan… Nafsu berjaya di tundukkan dengan ampuh.

Masa belajar di Bangi, dah plan.. kalau amik moto cc besar.. tiap hujung minggu boleh balik ke Kuantan. naik moto je. plan dah cantik.. tapi duit di tangan malas nak membazir…🙂 kuburkan niat. Namun, hari2 tgk kat iklan, kat forum org nak jual. dan yang pasti jadi idaman, virago, dragstar.. bertahun ikut perkembangan 2 motor nih.. tgk sapa ada nak jual..

Bila er6 kuar, nmpk cam lawa… sejak keluar, tak putus2 ikut perkembangan.. klu balik KL tu, ada masa singgah di Welly b.caves atau welly s.buloh.. tapi tgk dari jauh je…

Dan akhirnya.. bermula survey di Titanium, x de jual… jalan ke chear… ada … pegi ke soon hin.. kebetulan ada yg ni. org tolak. 9 bulan pakai… meter dlm 8k, harga cun.. tgk duit cam cukup.. pejam mata, bincang dgn isteri, kuar duit, pegi kedai.. teruussss!!! zass!! angkat.

Gedebak gedebuk. dlm seminggu proses.. moto dah siap pegi amik. first time naik moto ada klas. first time.. huh!! cuak giler.. pusing lu, belakang kedai sebelum masuk bandar .. kena lalu bandar sebelum nak balik ke taman. Dlm 15km jugak tu. So nak selamat, lalu jalan jauh yang x sibuk… Akhirnya sampai juga di rumah.

Dan sekarang, kurang lebih 3 bulan dah.. nak ikut konvoi? x lah kot. aku tgk org konvoi kat highway.. bapookk laju. laju giller.. follow rapat2 plak tu. x berani aku.

selama hapir 3 bulan tu, buat ulang-alik kerja sejauh 100km pegi dan balik. Itu sajalah kot setakat ni.. nak pi jauh2 x confident. Moto ni, tercuit sikit, risiko ammaaaat tinggi.. hari tu blind spot.. x perasaan.. kalau kapcai boleh lagi lenggok2.. yg ini, beratt, nak lenggok camana,..

SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI AKU DARI BAHAYA KETIKA MENAIKIT MOTOSIKAL.