Sambung master/PhD ni memerlukan pengorbanan, kerja keras, banyak halangan, … kesimpulannya, bukan kerja mudah. bukannya buat kerja, habis 3 semester, nak submit tanpa tahu apa contribution yang kita dapat.

Nature of work, postgraduate sgt berbeza dgn undergraduate, terutamanya yg buat research. semua nnya nak kena self independence, jgn bergantung sgt pada sv. semua diri sendiri…. sv ni hanyalah tmpt luahkan perasaan. Kena ada dlm fikiran kita, sv x tolong kita buat, tapi sv hanya guide shj. tu pun kalau dia guide.

Smlm 2 pelajar expatriate dtg mengadu, the way their sv treat them is not profesional. kena marah2x. x blh discuss dgn sapa2… byk berahsia…. At the end, student sgt x selesa. kena ada human being. baru student rasa tersentuh.

Tapi, PELAJAR HARUS DENGAR CAKAP… apa cara sv sekali pun, itu lah takdir kita. be positive, be creative, prove to your sv that you can get what he want. Jangan lawan.. sbb itulah manusia yang akan bersama-sama kita selama 2 tahun atau 3 tahun utk PhD.

Cuba cari jalan agar, apa 2 yg kita tak puas hati dan rimas dgn sv, kita reverse kan dia jadik kan positif. Akhirnya, nnti kita punya 1 motivasi utk bekerja dan dapatkan output. Dlm Islam, guru sgt2 lah wajib di hormati, tak kira apa cara guru tu sekali pun. Sbb kita nak ilmu dari dia. Jgn rasa, mcm kita diperguna, kita disuruh macam2x, buat tu, buat ni.. itu lah nature of studies, di peringkat postgraduate. Pengalaman tu, mematangkan kita.

Ramai org kata dan ramai org melalui pengalaman, buat research bagi post graduate, nasib juga memainkan peranan. Luck. Bagi kita sebagai pelajar, Luck tu akan datang kalau kita work hard. jgn letakkan 100% pada luck. jgn pikir pun pasal tuah. Kita buat kerja yg terbaik, dan tuah tu akan datang bersama-sama dengan hasil kerja kita yang terbaik.

Semoga pelajar2 di luar sana berusaha keras, mendapatkan result research masing-masing.