http://fleapy.com/

Assalamualaikum…

Aku nak kongsi 100 cara promosi dan tingkatkan traffik untuk blog dan website.Aku dapat cara dari sebuah ebook yang aku dapat dulu.Banyak cara di bawah aku dah apply dan ada kesannya.

# 1
Buat blog dan cerita tentang apa² perkembangan tentang web atau diri anda secara
lebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines
juga suka content yang relevant dan fresh spt di blogger.com. Jadikan blog anda
sebagai satu alat promosi yang berkesan.
# 2
Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualiti
dan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buat
pelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi dan
blog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.
# 3
Letakkan fungsi komponen viral seperti social bookmarking – del.icio.us , furl, digg, etc
# 4
Berikan sesuatu percuma ‘free stuff’ atau ‘free download’ supaya orang seronok melayari
web anda.
# 5
Sindiketkan content web anda dengan menggunakan function RSS supaya org lain boleh
subscribe di mana² RSS reader.
# 6
Letakkan video di Youtube atau Google Video dan masukkan sekali link / url web anda.
# 7
Gunakan Flickr atau Fotolog sebagai batu loncatan promosi gambar-gambar berkaitan
dengan web anda. Letakkan gambar yang kelakar atau lucu lebih baik untuk dapatkan
publisiti mengenai web anda.
# 8
Letak radio atau audio / video streaming di web anda bagi menarik pengunjung.
# 9
Bagi ebook atau report free berkaitan apa² niche dan letakkan url web anda di
dalamnya.
# 10
Buat namecard / business card dan letakkan url web anda.
# 11
Buat logo atau favicon utk web anda supaya jadikan ia unik dengan identiti tersendiri.
# 12
Nama domain web anda yang ringkas dan tidak panjang supaya mudah diingati.
Contoh : yahoo.com , gameboy.com
# 13
Tak perlu heavy sangat graphic atau animation di web anda, hanya simple tapi padat
serta loading time yang pantas bagi sesuatu web yang user friendly.
# 14
Navigation button atau link di web anda yang tersusun dan sistematik supaya mudah
dilayari dan tidak mengelirukan pengunjung.
# 15
Jangan guna frames untuk web anda sebaliknya ganti dengan <iframe> , ini kerana
loading time bg frame lambat dan banyak tidak compatible dengan beberapa
browser.
# 16
Kurangkan javascript kalau boleh kerana tidak semua web browser compatible atau
berfungsi dengan semua jenis javascript.
# 17
Pastikan tiada broken link di website anda. Customize page 404 supaya boleh link back
ke mainpage web anda.
# 18
Promosi web anda di search engines terutamanya Google , Siteadd.Com , Submitit.Com
, Getsubmitted.Com , Trafficboost.Com
# 19
Promosi web anda melalui signature email. Setiap email yang dihantar kepada org lain
sebaik-baiknya mempunyai signature url web atau email anda.
# 20
Tulis artikel di mana2 web atau forum dan letakkan sekali url web anda.
# 21
Jadi pengguna forum yang beretika dan letakkan signature web anda di setiap posting.
# 22
Sekiranya web anda ada menawarkan produk/perkhidmatan adalah lebih baik
disenaraikan di dalam Cari.Com.My Classified , Buysellbid.Com , Freeclassifiedlinks.Com
# 23
Promosi percuma web anda di iklanpercuma.com
# 24
Rajinkan diri anda untuk komen membina di web blog orang lain dan letakkan url link
back ke web anda.
# 25
Jadikan web anda multi language. Maknanya boleh dibaca dalam pelbagai bahasa.
# 26
Buat pertandingan online (contest) / trivia quizzes bagi menarik pengunjung.
# 27
Beri newsletter atau ezines percuma kepada semua orang dengan pengisian yang
bermanfaat.
# 28
Buat kerjasama atau JV melalui social networking spt blogger di MySpace, friendster,
muslimspace, problogger untuk promosikan sesuatu tentang web anda. Contohnya lihat
video streaming di web anda etc.
# 29
Letakkan keywords di setiap image alt tags, ia memudahkan search engines
menyenaraikan keyword image anda.
# 30
Gunakan google sitemap untuk web anda.
# 31
Guna WordPress untuk web/blog anda kerana ia SEO friendly.
# 32
Gunakan metatag yang betul untuk web anda.
# 33
Traffic Exchange / banner exchange dengan web lain.
# 34
Dapatkan PageRank (PR) yang baik di dalam Google dan Search Engine (SE). Belajar
memahami dengan baik mengenai SEO Method. Dapatkan ebook mengenai Google
Secrets : How to get top ranking using SEO Method ..free seh.. mmg ebook yang cukup
penting..
# 35
Buat affiliate programme di website anda. Berikan komisyen dan dpt manfaat drpd
win win situation utk anda serta pengunjung web anda. * Script Programme Affiliate
mampu memberikan banyak keuntungan untuk masa panjang, ramai internet marketers
telah berjaya meraih pulangan yang lumayan dengan affiliate programme ini.
# 36
Buat page contact us atau feedback utk dapatkan maklumbalas mengenai web anda
seterusnya perbaiki mana² bahagian yang perlu.
# 37
Letakkan fungsi Email this page to friends , Tell A Friends atau Invite Friends ke web anda
bagi meningkatkan trafik.
# 38
Monitor aktiviti dan statistik web anda dengan google analytics supaya dapat buat
research bahagian web mana yang banyak hits dan exkploitasi segenap peluang yang
ada.
# 39
Berikan soalan atau jawapan di yahoo answer dan buat link back ke web anda.
# 40
Buat customized toolbar utk web anda dan berikannya percuma kepada semua orang.
# 41
Gunakan Google Adwords atau PPC Campaign utk promosikan web anda.
# 42
Promosi web melalui brochure, flyer dan buletin.
# 43
Buat viral marketing (word of mouth) kepada semua orang seperti rakan kenalan dan
keluarga.
# 44
Buat banner atau simple button utk link ke web anda.
# 45
Fikirkan sesuatu yang unik bagi web anda supaya orang dapat membezakan web anda
berbanding website lain. Contohnya web protonclub.com mengenai kereta berbeza
dengan web mymode.sefitrah.com mengenai bisnes melalui handphone.
# 46
Buat video komersial / video reel ttg bisnes web anda dan promosikan di memana web
contohnya di forum, blog, portal, classified etc.
# 47
Beli domain yang pelbagai keywords dan point pada satu tempat utk tingkatkan trafik.
Contohnya domain infobisnes.com , bisnes2u.com , tipsbisnes.com dipointkan pada satu
tempat yang sama.
# 48
Buat program offline contohnya motivasi/ceramah/seminar etc dan promosikan web
anda.
# 49
Sponsor program atau buat web percuma bagi memana organisasi pelajar. Contohnya
web pelajar universiti, kolej, sekolah, kelab etc.
# 50
Stay up to date dengan perkembangan semasa dunia. Contohnya ttg iphone, ps3, pc
games, entertainment, politic, sports etc. Pastikan anda tidak ketinggalan dalam isu²
terkini. Orang suka web yang diupdate dan mempunyai nilai dan isu² hangat.
# 51
Buat forum atau portal sendiri kerana ia membolehkan pengunjung mengambil
bahagian utk join posting di segmen² yang menarik.
# 52
Letakkan pelbagai games menarik di web anda. Contohnya spt di miniclip.com
# 53
Bina mailing list dengan menggunakan Opt in list. Ia membolehkan anda membuat
promosi email marketing dengan cara yang betul tanpa spam.
# 54
Belanja makan pakar online marketing & web advertising dengan itu kita leh dapat tips
yang lebih gempak🙂
# 55
Invest sedikit duit utk promosi dan marketing dengan mendapatkan pelbagai buku, cd,
artikel, source berkaitan untuk memperkayakan ilmu strategi dan skill anda. Dengan inilah
kita akan jadi lebih pandai dan berjaya…
# 56
Tulis review di dalam autoresponder anda mengenai software, music, video, movie,
ebooks dan seagainya bagi mendapatkan feedback dan link back ke web anda.
# 57
Guna shopping cart system utk jual produk dan dapatkan order di web anda. Dengan
sistem ini membolehkan anda monitor order dan sales yg telah dibuat dengan lebih
sistematik termasuk dapat mengetahui statistik produk yang mempunyai hits atau order
tertinggi. Contoh web yang mengaplikasikan sistem shopping cart.
# 58
Sekiranya bisnes anda jenis MLM dan ingin buat website adalah lebih baik gunakan
web yang mempunyai fungsi auto replicator dan auto downline system. Ini kerana ia
dapat generate level downline automatik di samping url web replicator yang boleh
dimiliki mengikut ID masing-masing. Contoh web yang menggunakan autodownline / web
replicator.
# 59
Dapatkan komen dan review mengenai website anda daripada webmaster yang
bertauliah, ini penting bagi mendapatkan tips dan cadangan pembaharuan yg perlu
dilakukan bagi meningkatkan trafik web anda.
# 60
Gunakan WordTracker bagi mencari keywords yang yang popular dan ranking tinggi
dalam search engine seterusnya memanfaatkan keyword tersebut di web anda supaya
mendapat ranking yang lebih baik.
# 61
Submit url web anda di banyak Directory Listing seperti DMOZ.org , sbd.bcentral.com atau
lihat listing directory di sini.
# 62
Reliable web hosting.. gunakan web host yang berkualiti, pantas, 24/7 support dan ada
CPanel. Jangan guna web hosting percuma sebab ia ada banyak problem berbanding
paid web hosting. Dengan CPanel anda boleh setup guestbook, blog, forum, portal,
autoresponder etc dengan beberapa klik mudah sahaja.
# 63
Belajar daripada pesaing anda. Sekiranya dia melakukan sesuatu yang lain daripada
yang lain di websitenya anda juga boleh lakukan lebih baik dari itu lagi.
# 64
Manfaatkan status instant messenger (YM, MSN, ICQ) sebagai tools yang boleh
mempromosikan tentang web anda.
# 65
JV dengan memana webmaster, internet marketers atau netpreneur bagi menjalankan
bisnes yang sesama boleh untung. Contohnya JV dengan webmaster utk buat web/blog
atau marketing percuma dan anda akan letakkan iklan service webmaster tersebut di
web/blog atau autoresponder anda.
# 66
Beli text ads atau banner di web yang mempunyai traffic tinggi. Contohnya iklan di
utusan.com.my atau bharian.com.my yang potensi utk market seluruh malaysia serta trafik
lebih daripada 1 juta seminggu.
# 67
Manfatkan ‘paid advertising offline’ seperti buat sticker kereta dan edarkan percuma
kepada semua orang biar dapat dilihat dan dapat diingati. Dengan itu kita dapat
exposed url web anda melalui car sticker dan meraih trafik serta populariti secara online
dan offline.
# 68
Manfaatkan PageRank Calculator untuk menganalisis struktur link di web anda dan
mengetahui tahap link anda di search engines. Perbaiki atau manfaatkan kelebihan dari
populariti link anda.
# 69
Lakukan sesuatu yang pelik atau kontroversi. Contohnya seperti tips daripada
RussellBeattie.com : Here’s a traffic tip from Russell Beattie of RussellBeattie.com:
“Take on Apple. Writing something bad about Steve Jobs or a new Apple product is
the sure-fire way to get the zealots in a state of fury. Two days later and I’ve got 2000+
individual people visiting that post about the iPod photo, over 52 comments and lots
of emails. This is tobe expected of course, but of the two or three times that I’ve done
it and gotten such a response, it still surprises me.”
# 70
Letakkan fungsi Add to favourites / Bookmark this page di web anda. At least ia
memudahkan orang membuat rujukan nanti.
# 71
Beri artikel tips percuma yang ada link back ke web anda pada pengunjung spt 10 tips
menjimatkan prepaid handphone etc. Buat sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain ia
akan memberi manfaat kepada anda juga.
# 72
Develop web anda menggunakan konsep CTPM.
# 73
Volunteerkan diri anda menjadi moderator memana segmen di forum yang besar
terutamanya di www.carigold.com , www.webkl.net , www.jiwang.org etc
# 74
Buat testimoni mengenai apa² produk / service yang anda suka di web bagi menarik
perhatian orang ramai membacanya.
# 75
Sekiranya bisnes web anda menjual produk fizikal boleh manfaatkan listing di froogle.
google.com
# 76
Beri diskaun dan kupon istimewa kepada customer yang telah membeli produk / service
di web anda.
# 77
Beli domain yang telah expired tetapi masih mempunyai trafik untuk di’point’kan ke web
anda bagi memanfaatkan kesemua trafik yang hilang. Search di yahoo dan google
selanjutnya mengenai expired domain names.
# 78
Interview memana artis, selebriti dan orang² glamour mengenai apa² isu untuk dimuatkan
di web anda.
# 79
Buat poll / vote di web anda mengenai apa jua yang menarik.
# 80
Elakkan web anda daripada dibanned oleh google atau search engine dengan
membaca ebook SEO Made Easy.
# 81
Search pasal how to increase web traffic di google dan belajar sesuatu yang sesuai utk
web anda. Ini cara paling mudah untuk belajar secara percuma.
# 82
Buat tagline yang menarik utk web anda.. contohnya spt Think Different… merujuk pada
inovasi Apple, Connecting People (Nokia)… Just Do It (Nike) semua tagline ini mempunyai
nilai yang berharga & org akan sampai bebila pun akan igt… igt tagline igt web anda !
# 83
Buat gimik yang terhebat untuk web anda. Contohnya utk masukkan pencalonan diri
anda di dalam Malaysia book of records dalam kategori web terlampau.. (just gimik)…
org sukakan sesuatu yang luarbiasa.
# 84
Iklankan web anda mengikut kategori yang sesuai di CraigList
# 85
Jual produk di ebay untuk charity auction.. boleh buat link back to your website..
# 86
Berkawan dengan editor majalah atau paper utk mendapatkan peluang review web
anda di dalam majalah / paper mereka.
# 87
Buat t-shirt yang menarik beserta url web anda. Pakai ke mana sahaja sebagai salah satu
promosi.
# 88
Buat aktiviti atau program outdoor menarik utk dimuatkan di dalam web anda.
Contohnya program makan megi di Gunung Kinabalu.
# 89
Buat tutorial, petua, guideline dan sebagainya tentang apa jua topik spt laman web,
rekabentuk grafik, origami, memburu kijang, menangkap burung etc..
# 90
Pastikan webpage anda dioptimizekan dan mudah dibaca oleh search engines. Check
web anda di http://validator.w3.org
# 91
Guna sms untuk promosi web anda.
# 92
Guna bluetooth utk send picture / wallpaper / mms audio / video berkaitan web anda.
# 93
Buat online survey dan publish kepada semua orang untuk mengetahui target market
seterusnya memperbaiki strategi promosi di web anda.
# 94
Buat e-card atau online greeting card di web anda yang membolehkan orang ramai
menghantar ecard semasa raya, puasa, birthday, friendship etc.. contoh seperti ecard.
sahabathijjaz.net.my
# 95
Buat online photo gallery utk membolehkan pengunjung meletakkan apa² gambar di
web anda.
# 96
Buat script / software percuma dan edarkan kepada semua orang. Contohnya script
azan dan waktu solat percuma. Boleh letak url web anda di script / software tersebut.
# 97
Baca ebook mengenai Do It Yourself Advertising And Promotion dan praktikkan utk diri
anda.
# 98
RSS to email : Mungkin kebanyakan orang tidak suka guna RSS Reader, oleh itu beri pilihan
kpd mereka menggunakan service RSS to email melalui FeedBlitz, Bloglet atau Rmail.
# 99
Manfaatkan kelebihan podcast sama ada mp3 audio/video di web blog anda dan
distributekan semua itu di feedburner.com
# 100
Beri subdomain percuma kepada pengunjung anda atau sesapa saja utk create web,
blog, forum etc .. contohnya spt onealienz.softhands.com.my ..

Sambung master/PhD ni memerlukan pengorbanan, kerja keras, banyak halangan, … kesimpulannya, bukan kerja mudah. bukannya buat kerja, habis 3 semester, nak submit tanpa tahu apa contribution yang kita dapat.

Nature of work, postgraduate sgt berbeza dgn undergraduate, terutamanya yg buat research. semua nnya nak kena self independence, jgn bergantung sgt pada sv. semua diri sendiri…. sv ni hanyalah tmpt luahkan perasaan. Kena ada dlm fikiran kita, sv x tolong kita buat, tapi sv hanya guide shj. tu pun kalau dia guide.

Smlm 2 pelajar expatriate dtg mengadu, the way their sv treat them is not profesional. kena marah2x. x blh discuss dgn sapa2… byk berahsia…. At the end, student sgt x selesa. kena ada human being. baru student rasa tersentuh.

Tapi, PELAJAR HARUS DENGAR CAKAP… apa cara sv sekali pun, itu lah takdir kita. be positive, be creative, prove to your sv that you can get what he want. Jangan lawan.. sbb itulah manusia yang akan bersama-sama kita selama 2 tahun atau 3 tahun utk PhD.

Cuba cari jalan agar, apa 2 yg kita tak puas hati dan rimas dgn sv, kita reverse kan dia jadik kan positif. Akhirnya, nnti kita punya 1 motivasi utk bekerja dan dapatkan output. Dlm Islam, guru sgt2 lah wajib di hormati, tak kira apa cara guru tu sekali pun. Sbb kita nak ilmu dari dia. Jgn rasa, mcm kita diperguna, kita disuruh macam2x, buat tu, buat ni.. itu lah nature of studies, di peringkat postgraduate. Pengalaman tu, mematangkan kita.

Ramai org kata dan ramai org melalui pengalaman, buat research bagi post graduate, nasib juga memainkan peranan. Luck. Bagi kita sebagai pelajar, Luck tu akan datang kalau kita work hard. jgn letakkan 100% pada luck. jgn pikir pun pasal tuah. Kita buat kerja yg terbaik, dan tuah tu akan datang bersama-sama dengan hasil kerja kita yang terbaik.

Semoga pelajar2 di luar sana berusaha keras, mendapatkan result research masing-masing.

‘we should utilize their expertise. it’s not only recruit hard worker, go for professional, expertise, specialist. hire them to develop our country, use their brain, give them PR, so that our country can benefit a lot from their rich of resources’ – ini lah kata-kata duta sewaktu courtesy visit ke pejabat nya di Jakarta, Indonesia.

Pengalaman cukup berharga, bukan senang dapat visit ke pejabat Duta. Dato Syed, seorang yang sangat berwawasan. Memang tak kering idea bersembang di pejabatnya.

Setelah masuk 3 bulan, akhirnya motor ini di paparkan. Ramai yg x percaya.. tapi percaya lah. Setiap orang bernafsu untuk memiliki apa yang orang lain tak miliki. Nafsu, jika tak dikawal akan merugikan kita. Tapi jika dikawal dengan baik, ia memberikan kita kelegaan, ketenangan..

Dulu2, masa belajar, tgk orang pakai moto, kita rasa nak… waktu tu, setakat ada moto pun dah ok, dah cukup bangga… lagi lah tgk kawan ada moto yang cc besar. Dulu ada 1 kawan dari KL.. pakai moto besar masa belajar di Johor.

Selepas habis kerja, masa kat Johor jugak, selau main di pasir gudang.. ada ternampak cagiva.. huh! teringin nak naik motor camtu.. tapi apakan daya.. motor 100 sport je mampu.

Masa sambung belajar, moto 1oo sport tu lah, ulang alik dari p.gudang ke skudai. lalu highway p.gudang yg banyak lori itu. agak2 lori nak potong, turun ketepi jalan bagi laluan..Alhamdulillah selamat..

Habis belajar, niat nak pakai moto camgini sentiasa ada.. tapi bak kata kawan2. nafsu jgn di layan. Duit ada, invest, saving, utk masa depan… Nafsu berjaya di tundukkan dengan ampuh.

Masa belajar di Bangi, dah plan.. kalau amik moto cc besar.. tiap hujung minggu boleh balik ke Kuantan. naik moto je. plan dah cantik.. tapi duit di tangan malas nak membazir…🙂 kuburkan niat. Namun, hari2 tgk kat iklan, kat forum org nak jual. dan yang pasti jadi idaman, virago, dragstar.. bertahun ikut perkembangan 2 motor nih.. tgk sapa ada nak jual..

Bila er6 kuar, nmpk cam lawa… sejak keluar, tak putus2 ikut perkembangan.. klu balik KL tu, ada masa singgah di Welly b.caves atau welly s.buloh.. tapi tgk dari jauh je…

Dan akhirnya.. bermula survey di Titanium, x de jual… jalan ke chear… ada … pegi ke soon hin.. kebetulan ada yg ni. org tolak. 9 bulan pakai… meter dlm 8k, harga cun.. tgk duit cam cukup.. pejam mata, bincang dgn isteri, kuar duit, pegi kedai.. teruussss!!! zass!! angkat.

Gedebak gedebuk. dlm seminggu proses.. moto dah siap pegi amik. first time naik moto ada klas. first time.. huh!! cuak giler.. pusing lu, belakang kedai sebelum masuk bandar .. kena lalu bandar sebelum nak balik ke taman. Dlm 15km jugak tu. So nak selamat, lalu jalan jauh yang x sibuk… Akhirnya sampai juga di rumah.

Dan sekarang, kurang lebih 3 bulan dah.. nak ikut konvoi? x lah kot. aku tgk org konvoi kat highway.. bapookk laju. laju giller.. follow rapat2 plak tu. x berani aku.

selama hapir 3 bulan tu, buat ulang-alik kerja sejauh 100km pegi dan balik. Itu sajalah kot setakat ni.. nak pi jauh2 x confident. Moto ni, tercuit sikit, risiko ammaaaat tinggi.. hari tu blind spot.. x perasaan.. kalau kapcai boleh lagi lenggok2.. yg ini, beratt, nak lenggok camana,..

SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI AKU DARI BAHAYA KETIKA MENAIKIT MOTOSIKAL.

Meeting bersama dengan jabatan mikrobiologi dan parasit di HUSM kubang kerian. Very positive meeting..

Meeting sgt menarik. mula dengan presentation apa yang ViSIS ada, kemudian mereka ceritakan apa problem yang boleh kami selesaikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

snap picture by yourself..

fairfield mankato